Mstar MelaporkanSelasa Mei 5, 2009 Jenazah Benny Arjuna jadi rebutan keluarga dan Majlis Agama Islam Melaka
MELAKA: Sesuatu yang mengejutkan terjadi apabila jenazah komposer, penerbit, pemuzik dan penulis lirik lagu terkenal Benny Tan Lian Teck, ingin disemadikan. Jenazah Benny, 56, atau lebih popular dengan nama pena Benny Arjuna atau Muhammad Adam Tan Abdullah, yang meninggal dunia akibat penyakit kronik iaitu pendarahan dalam otak, darah tinggi selain serangan strok pada 3 Mei lalu menjadi rebutan antara keluarganya dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Benny semasa hidupnya dilaporkan sudah memeluk agama Islam namun dirahsiakan dari keluarga. Mujurlah, perkara sensitif tentang isu agama ini dapat dileraikan secara kompromi oleh keluarga Benny dan MAIM. Benny diserang strok minggu lalu selepas menyampaikan beberapa lagu di pusat hiburan miliknya, Ben’s Cafe sebelum dia dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Melaka untuk mendapat rawatan lanjut. Anak jati Melaka berketurunan Baba dan Nyonya itu kemudian terlantar sakit dan dirawat di situ selama empat hari sebelum disahkan meninggal dunia jam 5.50 petang, kelmarin. Menurut sumber terdekat, jenazah dituntut oleh penguasa MAIM di rumahnya di Jalan Nangka, Taman Nabi, Melaka pada pukul 9 pagi ini. Kata Pegawai Dakwah Mualaf Balai Islam Melaka, Irwansyah Pohin, jenazah Allahyarham Benny ditahan sementara oleh MAIM disebabkan masalah pada kad pengenalannya yang tidak ditukar status agama. Bagaimanapun, keluarga Benny ingin menyempurnakan upacara pembakaran mengikut tradisi orang Cina. “Keranda kosong tanpa jenazah Benny itu dihantar ke krematorium di Jelutong pada pukul 11 pagi,” katanya. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Keroh pada pukul 2 petang ini. Namun menurut pegawai dakwah Muaalaf Balai Islam Melaka, Benny telah memeluk agama Islam sejak 5 Mac 2003 di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Kuala Lumpur. Benny dilahirkan pada 20 Disember, 1953. Arwah juga merupakan anak ketiga daripada 10 beradik meninggalkan seorang anak lelaki kini berusia 16 tahun tahun hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya yang kini menetap di Johor Bahru. Berkebolehan bermain pelbagai alatan muzik termasuk gitar, piano dan harmonika, Benny antara karyawan yang turut menyumbang kepada perkembangan industri muzik dan seni tanah air. Menurut sumber terdekat dengan keluarga Benny, arwah merupakan ‘anak emas’ ibunya. Sementara itu, ‘show promoter’ Ali Bakar berkata dia mengenali arwah Benny sejak 20 tahun lalu dan mereka pernah menjadi rakan sebilik selama tujuh tahun pada tahun 80-an. “Apa yang saya boleh katakan tentang arwah, dia merupakan seorang perahsia dan misteri. Dia sudah lama berminat dengan agama Islam seawal tahun 1990 namun dia rahsiakan daripada pengetahuan keluarganya,” kata Ali. Sepanjang arwah hidup, dia pernah berkhidmat sebagai penyelaras artis dan menyelaras ‘Battle of The Band’. "Arwah juga pernah menggubah lagu untuk Fiq dan Def Gab C, menulis lirik lagu Alif Ba Ta Duniaku (Awie) dan Pelamin Anganku Musnah (Azie). Benny banyak menghasilkan lagu-lagu hits. "Dia juga pernah menjadi pengasas dan komposer kumpulan Freshies. Arwah merupakan rakan seangkatan dengan Lord (Ella & The Boys), Frankie Cheah, Poe, Aziz Bakar, Awie Wings dan Zainal Rampa," kata Ali Bakar. Arwah Ben juga menguruskan sebuah kafe makan bernama Ben’s Cafe, terletak di Jonker Walk, yang ditubuhkan pada bulan November 2004. Kafe ini sungguh unik kerana ia menyajikan hiburan pada waktu malam selain menyajikan hidangan berbagai jenis dari tempatan ke Western. Benny adalah seorang veteran dalam industri hiburan pernah menubuh dan menganggotai sebuah kumpulan reggae bernama “NoNama” (Poe dan Rahim Hamzah) late 80’s. Apa saja yang dilakukan oleh Benny sepanjang hayatnya adalah berkisar dengan muzik dan Ben’s Cafe adalah kesinambungan cintanya pada muzik. | |
Monday, May 4, 2009
MEMARTABATKAN PERPADUAN MELAYU DARI KONTEKS KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Mukadimah
Salah satu daripada tujuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ditubuhkan ialah untuk menjaga dan memartabatkan kesucian agama Islam, kesenian dan kebudayaan Melayu. Perkara atau tujuan ini secara rasminya termaktub di dalam Perlembagaan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (Bahagian 5.5.3). Timbulnya perkara atau tujuan untuk menjaga dan memartabatkan kesucian agama Islam, kesenian dan kebudayaan Melayu ini adalah kerana Pertubuhan atau GPMS sedar bahawa perkara atau tujuan ini dapat menyatukan dan meningkatkan darjat bangsa Melayu.
Kerajaan Malaysia melalui Rancangan Malaysia Ke Sembilan (2006-2010), memperakui bahawa peranan budaya dan seni mampu menyumbang ke arah membangun individu secara total, mempererat perpaduan serta mempertingkatkan kualiti hidup melalui penglibatan aktif semua golongan dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan, malah turut mewujudkan kesedaran dan penghayatan yang lebih baik terhadap kekayaan warisan budaya negara.
Definisi
Kamus Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan perpaduan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan, dan perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat dan lain-lain), persatuan, manakala keutuhan bermaksud perihal (sifat,keadaan) utuh.
Perkataan perpaduan menurut Haji Mohd Shahrir Haji Abdullah (http://www.islam.gov.my/erujukan/lihat.php?jakim=482) berasal daripada perkataan padu iaitu mampat, pejal dan padat. Perpaduan juga bermaksud penggabungan. Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. Menurutnya lagi, lawan bagi perpaduan ialah permusuhan, kehancuran dan perpecahan. Jadi, perpaduan dari segi tuntutan Islam adalah satu perkara yang baik iaitu makruf manakala perpecahan pula satu perkara yang keji atau tidak baik iaitu mungkar.
Dalam pengertian yang lain, perpaduan bererti hubungan erat yang bersifat toleransi bagi mencapai matlamat secara jujur dan ikhlas. Perpaduan juga adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat bagi membentuk satu identiti dan menanamkan perasaan cinta dan banggakan negara.
Perkataan Melayu menurut Van Der Tuuk bererti penyeberang. Hollender menyatakan bahawa Melayu sama seperti pengembara. Melayu itu berasal dari Negeri Persia yang dikenali sebagai Mahaluyah. Perkataan Melayu diambil sempena nama pokok iaitu gaharu, kata Darus Ahmad. Begitulah pendapat dan andaian para sarjana dan pengkaji mengenai perkataan dan asal-usul Melayu. Perlembagaan Malaysia Fasa 110.89(6) merumuskan bahawa Melayu adalah mereka yang berbangsa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan budaya Melayu. Ditafsirkan juga bahawa sesiapa yang berketurunan Melayu tetapi tidak mengikut nilai-nilai Melayu, mereka ini tidak tergolong sebagai bangsa Melayu (Nota Kuliah Kesenian Melayu, 2001).
Kesenian adalah sesuatu produk, pertunjukan atau persembahan, benda atau apa-apa yang berseni yang memiliki ciri-ciri estetika, keindahan atau kecantikan. Kesenian lahir dari sentuhan nuansa atau nurani yang mendalam. Ianya dihasilkan untuk meninggalkan kesan kepada nurani orang lain. Seni daripada Ensiklopedia Indonesia menterjemahkan seni sebagai jelmaan rasa indah yang terkandung dalam jiwa manusia, dilahirkan dengan perantaraan alat komunikasi ke dalam bentuk yang dapat ditangkap oleh pancaindera pendengaran (seni suara), penglihatan (seni lukis) atau dilahirkan dengan perantaraan gerak (seni tari atau drama) (Abdurrahman Al-Baghdadi, 2005).
Budaya akan wujud dengan adanya kelompok bangsa atau kaum. Kebudayaan tercetus apabila budaya sesuatu bangsa itu mempunyai nilai peradaban yang tinggi dalam sesuatu tamadun. Dalam kebudayaan terdapat empat komponen penting iaitu fikiran atau idea (contoh : falsafah, mitos, lagenda, sastera, kepercayaan, bahasa dan lain-lain), kebendaan (contoh : seni bina, perkakasan, teknologi, perubatan dan lain-lain), kesenian (contoh : seni lakon, tarian, nyanyian, seni visual, lukisan dan lain-lain), nilai dan norma (contoh : undang-undang, adat resam, perlakuan, kesopanan dan kesantunan, nilai-nilai keagamaan, pantang larang dan lain-lain).
Perpaduan Melayu
Perpaduan antara Melayu dengan Melayu adalah penting dalam mencapai kesepakatan dan kesatuan bangsa yang disegani. Perlunya perpaduan antara Melayu dengan Melayu adalah kerana keteguhan bangsa Melayu membolehkan Melayu maju dalam pelbagai lapangan disamping menikmati kehidupan aman dan bebas daripada ketakutan.
Perpaduan bukan sesuatu yang sukar untuk digapai. Perpaduan Melayu boleh dicapai melalui kesenian dan kebudayaan. Bangsa Melayu yang inovatif dan kreatif mampu untuk mengeratkan perpaduan yang utuh disamping menjadi bangsa yang berbudaya tahan dan mempunyai moral awam yang yang teguh. Akan tetapi, bagi mencapai perpaduan ini bangsa Melayu tidak terlepas daripada rintangan dan halangan. Rintangan dan halangan ini ada yang berpunca dari Melayu itu sendiri dan tidak kurang juga yang datang dari luar.
Sifat sombong adalah sifat yang perlu dikikis oleh bangsa Melayu. Sifat ini adalah penghalang utama seseorang untuk menerima pendapat atau buah fikiran orang lain dan ianya mendorong ke arah keretakan dan perpecahan. Selain itu, Melayu perlu buang sikap menyebarkan hal atau keburukan orang lain. Perbuatan ini akan menggagalkan perpaduan. Sesungguhnya tidak ada sesiapa pun yang mahu keburukan atau masalah yang dihadapi dicanang atau disebar kepada khalayak umum.
Bagi mencapai perpaduan bangsa Melayu yang utuh, Melayu perlulah berpegang teguh kepada agama, mengamalkan nilai-nilai murni, memelihara dan menjaga maruah diri, bertatasusila dan berdisiplin, bersatu padu dan bertoleransi, prihatin, dan cintakan keamanan dan pendamaian.
Perpaduan bangsa Melayu akan terbentuk dengan adanya kesedaran. Apabila Melayu mulai sedar, segala pembentukan dan perlasanaan pelbagai agenda Melayu mudah digerak dan dirancang. Ini kerana kesedaran akan membawa kepada usaha yang bersungguh-sungguh dalam mencapai objektif strategi, matlamat, program dan aktiviti.
Kesenian dan Kebudayaan Mengeratkan Perpaduan
Apabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang yang membawa kepada hiburan. Pemikiran konvensional sebegini menghalang kita daripada meneroka kesenian dan kebudayaan Melayu dengan lebih mendalam lagi, sedangkan sedar atau tidak pemikiran ini telah membuatkan Melayu kian lupa akan kesenian dan kebudayaan bangsa sendiri.
Kesenian dan kebudayaan mendapat atau menghadapi kekangan kerana apabila menyentuh soal Melayu, secara automatiknya atau majoritinya adalah beragama Islam. Apabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, persoalan yang timbul ialah adakah Islam mengharamkan kesenian dan kebudayaan secara total? Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi (2005) dalam tulisannya mengenai Seni dan Hiburan Dalam Islam menyatakan bahawa perkara-perkara yang melibatkan seni dan budaya dibolehkan selagi perkara-perkara tersebut tidak melalaikan dan tidak bertentang dengan tuntutan agama Islam. Katanya lagi, seni dan budaya akan mengurangi keimanan dan memasukkan seseorang ke lembah kelalaian dan seterusnya menjadi haram adalah disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri yang berlebih-lebihan sewaktu menikmati keindahan sehingga menyebabkan kenikmatan yang dinikmati itu bertentangan dengan tuntutan Islam.
“‘Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan’ Inilah prinsip yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada sahabatnya.” (Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, 2005)
Imam Al-Ghazali dalam ulasannya yang dipetik daripada kitab Ihya’ menyatakan bahawa Allah mengurniakan manusia akal dan pancaindera di mana tiap-tiap pancaindera itu ingin menikmati sesuatu yang menurut naluri masing-masing. Umpamanya pelihat (penonton atau khalayak), ingin menikmati sesuatu yang cantik, pendengar pula ingin mendengar suara yang merdu dan berirama. Jadi tidaklah diterima akal bahawa semua perkara yang melibatkan kesenian dan kebudayaan dilarang Allah kerana Allah telah menjadikan pancaindera untuk tidak digunakan sewenang-wenangnya. Ianya hendaklah dikawal dan disalurkan kepada jalan yang baik (Prof. H.M Toha Yahya Omar M.A, 2002).
Islam juga tidak menolak bahawa persembahan kesenian dan kebudayaan ada yang bersifat kemasyarakatan. Persembahan sebegini melambangkan kekuatan kerjasama kelompok dan perwujudan saling hormat-menghormati, sesuai dengan tradisi masyarakat tersebut. Kesenian dan kebudayaan yang dipersembahkan merupakan ekspresi suatu gagasan, emosi dan kisah (Abdurrahman Al-Baghdadi, 2005).
Menyentuh perpaduan Melayu melalui kesenian dan kebudayaan, dilihat bahawa program atau upacara yang berkait rapat dengan kesenian dan kebudayaan mampu mewujudkan persefahaman dan kekuatan kerjasama sesama kita. Kesenian dan kebudayaan masyarakat atau bangsa Melayu bukan sahaja tinggi nilai estetikanya dalam seni drama tari sahaja (merujuk kepada persembahan Mak Yong yang merupakan seni budaya yang originalitinya dari Malaysia) malahan keindahannya juga dapat dilihat melalui seni tari, seni suara, lukisan, seni hiasan dan fesyen, dan filem Melayu dan sebagainya.
Kesemua kesenian dan kebudayaan yang disebutkan di atas sememangnya mampu memperkukuhkan perpaduan bangsa Melayu sekiranya penglibatan secara serius dan bersungguh-sungguh melalui medium ini dilakukan. Ini kerana, aktiviti-aktiviti dan program-program yang melibatkan kesenian dan kebudayaan memerlukan penglibatan lebih daripada seorang bagi menjayakan. Dengan penglibatan menjayakan aktiviti-aktiviti dan program-program sebegini bangsa Melayu akan lebih bersatu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti dan program-program sebegini secara tidak langsung akan menganjurkan perpaduan bangsa kita melalui aktiviti bergotong-royong, bertukar-tukar pendapat atau idea serta persefahaman dan persepakatan. Sesuatu pertunjukkan atau persembahan kesenian dan kebudayaan akan berjaya dengan adanya sifat-sifat yang dinyatakan. Jadi, jelaslah bahawa penganjuran aktiviti-aktiviti dan program-program sebegini mampu memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
“Kita perlu ada identiti sendiri untuk masyarakat dunia mengenali kita”, begitulah teguran yang disuarakan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang mengingatkan karyawan filem tempatan untuk supaya tidak menghasilkan karya yang bercanggah dengan agama walaupun sesuatu filem itu tidak semestinya mempromosikan agama (Akmal Abdullah, 12 Jun 2008). Dr. Asri juga mahukan imej filem Melayu seharusnya mempunyai pemikiran yang besar, berbangga dengan jati diri bangsa sendiri dan lebih penting mempunyai ciri kebudayaan dan jiwa sebagai orang Melayu yang berpegang kepada nilai norma dan jati diri Malaysia.
Bangsa Malaysia ialah pelbagai kaum yang diterajui dengan kebudayaan Melayu dan kita perlu berkongsi budaya bagi mempamerkan jati diri kita yang sebenar. Untuk maksud filem Melayu, ia menyentuh mengenai pembikinan filem yang bercakap mengenai sikap, keperibadian, peradaban, jiwa dan cara Melayu berfikir. Melalui filem, umat Melayu patut berbangga kerana Dasar Perfileman Negara meletakkan Bahasa Melayu sebagai imej filem Malaysia. Di sinilah kejayaan bangsa Melayu sekiranya perpaduan antara kita sentiasa erat dan kukuh.
Kesimpulan
Sesungguhnya perpaduan adalah penting bagi bangsa Melayu kerana melalui perpaduan ianya boleh menentukan kejayaan umat dan negara. Maka melalui kesedaran ini, kita hendaklah sentiasa memupuk kesedaran bangsa kita supaya menghargai nilai perpaduan serta berusaha untuk memelihara dan memperelokkannya. Kita juga mesti sentiasa mengingatkan bangsa kita supaya menjauhi dan mengelak daripada gejala-gejala yang boleh mencemarkan maruah bangsa dan berpecah-belah serta bermusuhan sesama kita.
Perpaduan Melayu melalui kesenian dan kebudayaan bukan sahaja mampu untuk menyatupadukan Melayu malah kesenian dan kebudayaan adalah satu bidang yang profesional yang dapat menyumbang ke arah menjana pendapatan negara sekiranya kita amat bersungguh-sungguh dan ikhlas memperjuangkan perpaduan melalui kesenian dan kebudayaan bangsa kita sendiri.
Oleh itu, bangsa Melayu perlulah sedar dan berusaha dengan gigih serta teratur dalam memartabatkan perpaduan yang dikecapi pada hari ini terpelihara selamanya malahan lebih baik daripada apa yang dicapai pada hari ini.
Rujukan
Abdurrahman Al-Baghdadi. (2005). Seni Dalam Islam : Vokal, Muzik dan Tari. Semenyih : Synergymate Sdn. Bhd.
Adib Anas. Nota Kuliah Kesenian Melayu. 2002.
Akmal Abdullah. (2008, 12 Jun). Mufti Perlis Hentam Karyawan Filem Melayu. Berita Harian.
http://www.islam.gov.my/erujukan/lihat.php?jakim=482
Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Perlembagaan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Kuala Lumpur : Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi. (2005). Seni dan Hiburan Dalam Islam. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publishers.
Prof. H.M Toha Yahya Omar M.A. (2002). Haramkah Muzik,Menyanyi dan Menari : Suatu Analisis ‘Hukum Seni Muzik, Seni Suara dan Seni Tari Menurut Islam’. Semenyih : Synergymate Sdn. Bhd.
Kertas kerja MEMARTABATKAN PERPADUAN MELAYU DARI KONTEKS KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ini telah dibentangkan sewaktu Konvensyen Perpaduan Melayu Pulau Pinang 2008 anjuran GPMS Cawangan Bukit Mertajam, pada 2 Ogos 2008 di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pianng.
ARTIKEL INI PERNAH DISIARKAN PADA 12 APRIL 2009.

Harapan Wawasan Bangsa.
Perkembangan ini menunjukkan harapan baru rakyat malaysia untuk terus menggapai wawasan bangsanya. Aku sangat gembira lebih2 lagi Tun Mahathir yg sgt ku kasihi kini ibarat sirih pulang ke gagang. Ini menandakan DS Najib akan meneruskan agenda wawasan bangsa yg selama ini di perap basi oleh Paklah. Bye2 PakLah. Tidurlah sepuas2nye ye. Buat malu UMNO saje.
Aku sgt teruja nak melihat pembangunan yg akan dibuat oleh DS Najib. Fitnah2 oleh PR akan dijawab tegas dengan wawasan yg bakal tercipta kelak. Biarkan mereka melalak seperti anjing DS Najib. Kau harapan bangsa!
DS Najib dan Tun Mahathir adalah pasangan plg sempurna utk memajukan Malaysia. Tiada org lain lagi yg mampu menangkis hujjah2 ini. Terbukti yang benar tetap menjadi PM dan yg pemfitnah besar akan terus diketawakan oleh rakyat.
Inilah sumbangan pertama ku buat DS Najib dan UMNO dan utk wawasan 2020. Hidup UMNO !!! Hidup Melayu!!! Hidup Bangsa ku !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)